Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Friday, December 10, 2010

episod 2: KEMBARA HARAPAN 2010

Seperti yang dijanjikan....



bertolak dengan kenderaan '8 tayar'
van + wheelchair
(",)



PPDK Seri Penyayang
ketibaan kami disambut mesra dan diiringi hujan rahmat
(",)





antara tempat cadangan program
(nak buat apa???? hehehehhe)




otwy ke Muzium Adat Istiadat Melayu Melaka




Anak gajah suka memanjat,
Hamba datang membawa hajat
(hihihihihi)



'pangantin tersipu2 malu'




next destination......
(baca kat bangunan tu)



meting bersama 'nyet'

kata nyet : geram tol ngan hp n wheelchair dak2 ni




makan..............

episod 1: KEMBARA HARAPAN 2010

kelmarin...
9 disember 2010..
selepas kami habis paper terakhir pada 8 disember 2010..maka bergeraklah kami berlima ke negeri bersejarah melaka atau lebih tepatnya pekan alor gajah.


perjalanan kami ini disertai dengan cerita lucu malam sebelum itu, namun segalanya terubat bile berjaya menjalankan misi ini...kami bertolak ke melaka sekitar pukul 10.15 dan tiba di pusat pemulihan dalam komuniti seri penyayang taman kelemak alor gajah pada jam 12 tgh ari. sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh hujan yang turun renyai2..mcm lagu sudirman tu..
Hujan yg turun bagaikan air mata.. ok back to story...

sampai di sana kami disambut oleh 1,2,3,4....5 ok..im actually counting right here.jadi rombongan 5 org disambut oleh 5 org jugak..cantik an..sembang punya sembang sekali baru teringt..aku terlupa na gtau tujuan kitaorg menjalankan misi ke melaka pagi tu..ha..untuk pengetahuan semua..pemergian kami sepatutnya diikuti oleh 4 org yang lain..p 2 daripadanya menduduki exm..jap..iklan..kudoakan kejayaan mereka..eh silap..kejayaan kita semua..2 lagi lak..tau lambat..klu x mesti lagi havoc...an3?erm..kitaorg pergi demi melaksanakan program kembara harapan 2011...yang pd mulanya dirancang pada 7-9 januari..namun tarikh terbaru adalah pada 21-23 jan..alhamdulillah...


cerita lebih lanjut ttg prog tu akan diceritakan kendian..seterusnya dalam pukul 12.50 tu, kami pergi ke dataran keris..untuk menjamu selera di gerai berdekatan dengan stesyen bas alor gajah..nyum3...jam 2 lebih kami bergerak ke muzium adat istiadat melayu..dekat je ngan dataran keris tu..xyah naik kenderaan.bual2 dengan penjaganya..terima kasih diucapkan kepada beliau kerana melayan kami dengan baik sekali.


perhentian seterusnya kompleks rakan muda alor gajah melaka..sebab turning point program kami ni..hee.urusan kami di komplek ni berakhir pukul 4petang..sebelum balik,kami ke ayer paabas, untuk misi terakhir kami..bertemu keluarga salah seorg peserta rombongan tersebut yang akan diamanahkan soal makanan kami sepanjang program nnt..terima kasih ke atas sambutan yang tuan rumah berikan..


sampai di kolej jam 7malam..nanti gambarnya ye..hee

Wednesday, November 10, 2010

Perasmian WQ Park

Salam sejahtera buat semua...

Pada 6 November 2010 (Sabtu) yang lepas, seorang ahli PERMIUM iaitu Nor Rasyidah Anum bt. Mohd. Rasul telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada pihak WQ Park sempena perasmian Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi tersebut. Sumbangan tersebut juga diberikan kepada 3 orang lagi yang terpilih. Nor Rasyidah Anum hadir ke majlis tersebut ditemani oleh Aisyatul, K. Liza dan Adilah.

Perasmian WQ Park telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah (DK, SSAP, SIMP, DK(Terengganu), DK(Johor), SMPJ).

Majlis tersebut bermula daripada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Razali Ibrahim dan Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai.

Pusat tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk tujuan kesihatan dan rehabilitasi terutama untuk golongan yang memerlukan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang WQ Park ini, sila layari http://www.wqpark.com.my/

Di bawah ini pula merupakan gambar kumpulan duo terkenal yang sempat menghiburkan para tetamu dengan alunan muzik tradisional iaitu kumpulan Mohram.....


Wednesday, November 3, 2010

Selamat Maju Jaya

Salam sejahtera...

PERMIUM ingin mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' dalam peperiksaan akhir yang akan bermula 22 Nov. 2010 buat semua pengunjung blog PERMIUM...

Program Motovasi Cerminan Diri OKU

Salam sejahtera...

PERMIUM akan menganjurkan 'Program Motovasi Cerminan Diri OKU' bertempat di Kolej Kediaman Za'ba(KK7) UM pada 28 Jan. 2011 hingga 31 Jan. 2011.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar OKU tentang kepentingan pelajaran, cabaran di alam universiti dan alam kerjaya dan menggalakkan mereka untuk meneruskan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi di samping memperkenalkan Universiti Malaya.

Program ini mensasarkan para pelajar Sekolah Menengah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Mahasiwa istimewa daripada universiti terdekat seperti UIA, UKM dan sebagainya dijemput untuk menjadi fasilitator.

Pihak PERMIUM mengalu-alukan sebarang pertolongan sama ada berbentuk idea, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan program ini di samping berbakti menambahkan pahala.

Boleh juga layari laman facebook PERMIUM di alamat ini http://www.facebook.com/group.php?gid=392447750128

Kursus Pengurusan Organisasi

Salam sejahtera buat semua.

Entry kali ini adalah berkenaan dengan satu kursus iaitu 'Kursus Kemahiran Pengurusan Organisasi Badan Pelajar Berdaftar Universiti Malaya - Fasa 2' yang telah diadakan pada 31 okt. 2010 hingga 2 Nov. 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang anjuran Hal Ehwal Pelajar & ALUMNI. PERMIUM telah menghantar 2 orang wakil iaitu Sdr. Nur Aisyatul Radiah Alidaniah dan Sdr. Nurul 'Adilah Nazri.

Antara program yang telah berlangsung sepanjang kursus ialah :

1. Suai kenal dan pembahagian kumpulan oleh En. K. Puniamurthy
2. Sesi pemimpin bersama Naib Canselor UM iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Ghauth Jasmon.
3. Sistem maklumat pelajar bersepadu (ISIS) oleh En. Adiel daripada Pusat Teknologi Maklumat.
4. Pengurusan kegiatan badan pelajar oleh En. K. Puniamurthy.
5. Pengurusan mesyuarat atau penulisan minit mesyuarat dan surat rasmi oleh En. Jamaludin Yacob.
6. Peruntukan perundangan mengenai badan-badan pelajar di UM oleh Pn. Nor Aishah Samah.
7. Pengurusan kewangan oleh Pn. Afida Idris.
8. Sesi bersama TNC(HEPA) iaitu Yang Berbahagia Prof. Dr. Rohana Yusof.
9. Pengurusan majlis dan protokol oleh En. Hashim Abd. Ghani.
10. Personaliti dan kepimpinan oleh Pn. Maznah Azis.

Di bawah ini diselitkan gambar-gambar semasa kursus.



En. Imran daripada HEPA
Sewaktu makan...
Di dalam Dewan Utama 1 - tempat segala program dijalankan.
Dalam dewan...
Atas pentas...

Tepi kolam renang...


Friday, October 15, 2010

GEMA SYAWAL PERMIUM 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pada 3 Oktober 2010 hari Ahad telah berlangsungnya Majlis Gema Syawal PERMIUM 2010 yang dianjurkan oleh PERMIUM, bertempat di Dewan Nukleus,Kolej Kediaman Za'ba(KK7).
Seramai 150 jemputan yang dianggarkan hadir memeriahkan majlis.Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dibantu oleh para sukarelawan..


Antara jawatankuasa pelaksana..

Persembahan daripada kumpulan ELHAMZ

Ucapan wakil TNC,Pn. Maznah

Ucapan wakil Pengetua,En. Qhairul Nizam

Ucapan Penasihat,Dr. Mohd Salleh Aman

Antara barisan JTK yang hadir

Bacaan Quran oleh Sdr. Faiq
Antara jemputan yang hadir

Sukarelawan

Ahli PERMIUM


Kump. ELHAMZ dan wakil PMIUM

Barisan VIP

VIP

PERMIUM dan sukarelawan bersama Pn. Aesyah

Di bawah ini pula merupakan video ucapan raya dan video aktiviti yang telah dijalankan oleh PERMIUM..

Monday, August 16, 2010

KENANGAN MAWARIS

Alhamhulillah..... sweet sangat kenangan MAWARIS'10. walau gambar kak Nur tak ada (hehehehe kenangan simpan lam ati aje) kredit wat tatapan semua

Nyanyian dari adik Faiq bersama-sama penyanyi latar...

Majlis dimulakan denganbacaan doa oleh Imam Muda.. Ameen...

ini gambar kita!!!!

peace !!!!




senyumlah... =)



MC terbaik!!!! sabahan!!!




pertanyaan dari wakil UIA.... bakal penggerak suara kita dari luar sana!!!




"menjadi diriku dengan segala kekurangan....
menjadi diriku atas kelebihanku...."




deklimasi sajak dari akhi Zamzuri

Sunday, August 15, 2010

buka puasa bersama wq park

baru tadi, permium telah berbuka puasa bersama wq park di kelana jaya.. majlis tersebut khusus untuk orang kurang upaya dan kehadiran memang amat ramai. permium mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjemput kami, serta mereka yang terlibat dalam majlis tadi sehingga kepada pemandu van yang di kasihi.. encik yusri.
kehadiran kami kesana dengan konvoi bersama 2 buah kereta lagi yang telah menumpangkan saudari aisyah dan saudari rasyidah. oleh kerana hujan turut mengiringi kami, maka perjalanan bermula agak lambat.. mereka yang menaiki van ke sana adalah saudara faiq, sdr. khairullah affarouk, sdr. ahmad arif , sdr. shahrizal, sdr solihin & sdr diri ini juga.. dari perempuan, 2 yang telah disebut, sdri izzati, sdri anas, sdri nurul nadia, nurul nalya, sdri zaleha, sdri nurul adilah.
kedatangan kami disambut warga wq park dengan sangat ramah. selesai urusan pendaftaran, kami dibawa untuk duduk di dua buah meja. 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. oleh kerana masih awal, kami menunaikan solat asar. semasa mengambil wudhu, sdr. diri ini telah bertemu dengan rakan abang shamsuri dan abang zamzuri.
selesai solat, majlis telah pun bermula dengan ucapan yang bersemangat daripada dato dr tungku nor taayah (cam nama sekolah) bertajuk cabaran pesakit kurang upaya. beliau menerangkan apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam menguruskan pesakit kurang upaya. selepas beliau, dato dr fadilah kamsah (kamtome) mengambil alih pentas dengan ceramah bertajuk rahmat dalam dugaan. seperti biasa, mendengar dato berceramah memang sangat menghiburkan hati. kemudian acara diakhiri dengan ucapan daripada salah seorang pesakit kurang upaya yang berkerja sebagai mekanik iaitu en rusydi.
setelah itu, masuklah ke acara seterusnya iaitu berbuka puasa. antara menu hidangan kami ialah udang, daging, ayam, pengat pisang, bubur lambuk, kuih muih, roti, ++++++++.memang emmph. selesai menjamu selera kami menunaikan fardhu maghrib. sesudah itu kami pun bergambar sebelum pulang. sudah tentu bergambar bersama dato fadilah kamsah..tetapi bukan itu sahaja.nantikan siapakah seorang lagi VIP yang bergambar bersama kami apabila gambarnya telah siap nanti.
akhir kata, majlis tadi amat bermakna buat kami yang pergi dan juga yang tidak pergi kerana pulangnya kami membawa sesuatu untuk KITA SEMUA.
p/s:meminta VIP untuk mengambil gambar, namun tidak bergambar pun dengannya..peace..

Friday, August 6, 2010

laporan 5:malam warga istimewa..(mawaris 2010)

program ini baru sahaja berlangsung hari rabu yang lalu, bersempena festival konvokesyen universiti malaya 10.. Antara pengisian program ialah forum oku:realiti di alam kampus dan cabaran alam kerjaya.. tayangan video, persembahan sajak oleh abang zam, nyanyian oleh faiq, permainan gitar oleh en godfrey ooi goat sea. TNC sendiri menghadiri program ini selaku perasmi..

p/s: segala salah silap dan masalah yang timbul sepanjang program sehinggalah semasa di seri jati..disusun sepuluh jari memohon kemaafan.

laporan 4: minggu promo badan pelajar

26-29 julai, dalam masa road tour reader 2, permium turut terlibat dengan promosi badan pelajar..BADAN PELAJAR????jerit seorang pelajar junior permium..sepanjang 6 tahun penulis di um tidak pernah mendengar lawak tersebut..heee..

gerai promo yang berjalan 4hari tersebut berlangsung di tapak parking kompleks perdana siswa dan sejumlah sukarelawan berjaya di"rekrut"..

p/s:ketua sukarelawan yg baru telah dilantik..beliau ialah cik syaidatulnor ibrahim..pelajar tahun 3 sastera dan sains sosial..

laporan 3:program road tour reader the second

bermula dari 19 julai 2010, permium bersama sukarelawan dengan kerjasama bahagian kaunseling, kerjaya dan oku telah menjelajah ke seluruh UM untuk mencari reader kali kedua. pada kali ini, permium telah pergi kesemua kolej 1-12 dan berakhir pada 27 julai..seramai lebih 600 reader baru dan lama berjaya di kumpul. didoakan program ini akan diadakan lagi serta reader yang berjaya didapatkan ini dimanfaatkan sepenuhnya.

p/s: logo permium baru telah di pilih.next entry akan ditampal di sini....

laporan 2:road to remember

awal sesi pengajian 2010/11..telah diadakan sesi memperkenalkan jalan-jalan di UM kepada ahli junior permium oleh senior permium dan sukarelawan..

sesi jelajah bermula di Kolej Zaaba, APM, Bang. Siswarama, Perpustakaan Utama & Tasik Varsiti..

sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut..dan semoga program tersebut membantu mengeratkan hubungan senior junior permium sukarelawan..program berakhir dalam pukul 2 petang...

P/s:sabar ye..d lagi 3 program akan menyusul

laporan 1:kempen road tour reader pertama

kempen road tour reader pertama telah berjaya dijalankan di 5 kolej kediaman serta semua fakulti. kolej kediaman yang telah menerima kunjungan kami ialah ketiga, keempat, ketujuh, kelapan, kedua belas..terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut..next entry kami akan memaparkan gambar-gambar sepanjang program tersebut..

p/s:maaf lama tidak update blog ni..akan mula aktif selepas ini..sama-sama kita doakan...

Thursday, August 5, 2010

sahabat terindah.....


Hidup manusia memerlukan sahabat.

Pada saya, saya pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.

Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya.

Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.

Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.

Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…” Surah Al-Hujurat ayat 10.

Melihat ayat ini, keimanan itu adalah punca utama persaudaraan. Bagi manusia yang memahami ayat ini, maka dia akan mencintai sahabatnya, seperti mana dia mencintai dirinya. Hal ukhuwwah berkait rapat dengan keimanan ini, ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:

“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”

Sekali lagi, keimanan itu dikaitkan dengan ukhuwwah, kasih sayang antara sahabat.

Hanya manusia yang bersih keimanannya sahaja, akan mampu menjaga sahabatnya seperti mana dia menjaga dirinya. Hal ini kerana, persahabatan itu akan ada dugaannya, akan ada cabarannya. Sampai satu masa, kita akan perlu melakukan pengorbanan.

Pengorbanan, tidak akan mampu dilakukan, melainkan apabila kita benar-benar beriman dengan apa yang Allah SWT janjikan, dan apa yang Rasulullah SAW ajarkan.

Sahabat yang berjaya menghayati keimanan inilah sahabat yang terindah.

Saya, tidak dapat mengukur keimanan orang lain. Tetapi saya dapat merasakan kehangatan sahabat saya. Saya dapat merasakan, saya ada beberapa orang dalam hidup ini, mereka adalah sahabat terindah saya.

Kalau hendak disebut, mungkin terlalu ramai.

Tapi, apa yang hendak saya katakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah.

Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.

Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. Namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula. Kerna jika iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan.

Ada orang menyangka, selisih faham, masam muka adalah keburukan. Itu tanda ukhuwwah tidak kuat.

Ya. Dari satu segi. Memang itu semua keburukan. Tetapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina di atas dasar iman itu. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, betapa indahnya apabila iman itu menjadi perlembagaan persahabatan kita, barulah kita akan nampak bahawa, sahabat kita itu adalah sahabat yang terindah.

Sebab itu, apabila kita melalui ujian-ujian ukhuwwah, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat apa kurang dengan diri kita, apa silap yang kita dah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Kalau benar iman menjadi perlembagaan ukhuwwah, maka kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf tanpa rasa segan.

Namun, siapa yang melihat dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya?

Sebab itu, saya teringat akan kata-kata pensyarah saya ketika dia menyampaikan khutbah:

“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita melaksanakan tanggungjawab kita”

Siapa yang nampak, kebaikannya kepada sahabatnya, adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT?

Hanya orang beriman sahaja yang boleh melihat perkara ini.

Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya: “Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”

Siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya?

Saya melihat diri, terfikir-fikir akan diri saya.

*walaupun kata-kata ini bukan bukan dari penulisan kak nur sendiri... tapi kak nur nak kongsi kerna ini yang kak nur nak sampaikan.....
http://ms.langitilahi.com/pengalaman-sahabat-terindah/

Monday, March 8, 2010

KEMPEN KESEDARAN PENCARIAN READER


Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM) bersama sukarelawan akan mengadakan satu program Kempen Kesedaran Pencarian Reader yang akan dimulakan pada hari Rabu 10 Mac 2010 hingga Jumaat 26 Mac. Kempen selama 2 minggu ini bertujuan menyedarkan masyarakat kampus Universiti Malaya mengenai kepentingan reader kepada mahasiswa yang mengalami cacat penglihatan. Kempen ini akan bergerak di seluruh kampus yang mana akan dibuat di setiap kolej dan fakulti di dalam Universiti Malaya. Kempen ini meliputi pengedaran broshure dan pamplet, ceramah dari mahasiswa istimewa di kolej2 kediaman dan fakulti2 di UM. Dengan adanya kempen ini diharapkan warga kampus UM akan menyedari kepentingan reader AKA pembaca sukarelawan ini kepada mahasiswa istimewa lantas menawarkan khidmat mereka..







save r poster ni, n share kat kawan-kawan.. :)


cara nak save picture ni, click pada picture, kemudian save as kat mana-mana folder yang anda nak.






ini karel kat library.



borang reader yang diletakkan pada notis board di library. bukan satu aja, banyak lagi. Banyak mana mahasiswa istimewa (blind) kat UM ni... tapi biasanya macam ni r... 'suci' aja borang ni... huhuhuhu



ni r antara tugas sukarelawan. just 1 jam kita sumbangkan buat mereka untuk seminggu. Dalam seminggu ada 168 jam. kita cuma luangkan masa 1 jam aja. dan kita masih ada lagi 167 jam...... hem... cuba tengok siapa 'reader' dalam gambar ni. tak perlu tahu siapa namanya, tapi perhatikan siapa dia.... dan siapa kita.....




Klik di sini untuk muat turun borang pembaca sukarelawan :




Sebarang pertanyaan atau apa sahaja boleh hubungi :

Presiden PERMIUM
Mohd Rizal bin Mat Nor 013-6329836

Wakil Sukarelawan
Noor Azliza binti Abdullah 017-3838354

Seksyen Kaunseling, OKU & Kerjaya
Pn Aisyah 03-7973244
























Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes