Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Saturday, February 20, 2010

MENJADI DIRIKU

Bismillahirahmanirahim….

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!



MasyaAllah bertapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita yang setiap detik, setiap saat dan setiap nafas tak pernah terputus darinya….



Teman-temanku….


Bertapa ruginya kita… tersangat-sangat rugi! Bila kita tak hargai apa yang kita miliki… ibarat permata yang hilang. Ya, permata yang kita miliki cumanya kita tak mengerti bertapa berharganya ia.. Maka ia tiadalah gunanya untuk kita. Nauzubillah…



Cuba kamu lihat nikmat yang ada pada temanmu…



Kisah 1 :

Nur : saya punyai teman, Nurul. Nikmat yang ada padanya dia mempunyai adik. Ada 3 orang adik. Tapi saya anak bongsu.

Nurul : nikmat yang saya lihat pada teman saya, Nur ada kakak yang sangat best. Yang sentiasa ambil berat padanya.



Kisah 2 :


Abang Zam : walaupun baru 2 hari saya mengenali Fahmi, nikmat yang ada pada dia yang tak ada pada saya, Fahmi ada motor. Senang nak ke mana-mana. Fahmi juga seorang yang penyayang. Sangat mengambil berat tentang diri saya.

Fahmi : Pada saya abang Zam seorang yang istimewa. Apa yang menarik padanya, abang Zam ada laptop dan hp yang boleh berkata-kata. Abang Zam juga ada jam brielle. Hatinya sangat terang.



MasyaAllah, lihat sahaja nikmat yang kita nampak pada kawan, dan nikmat yang mereka lihat pada kita. Bagi kita atau mereka, apa yang orang lain ada itu amat berharga buat kita kalau kita juga milikinya. Tapi kenapa kita tidak melihat PERMATA yang ada pada kita….. teman-teman, renungilah bait-bait puisi ini…..



Menjadi Diriku

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya

Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *)

Monday, February 8, 2010

Understanding The Blind

When you meet a blind person, don’t be ill at ease, it will help if you remember the following points:

They are ordinary persons, just blind. You don't need to raise your voice or address them as if they were children. Don't ask their companion what they want--"Cream in the coffee?"--ask them directly.

1.They will most probably be using a long white cane to walk independently; or they may ask to take your arm. Let them decide, and please don't grab their cane or arm; let them take yours. Let them keep a half-step behind you to anticipate curbs and steps.

2.They would want to know who's in the room with them. Speak when you enter. Introduce him/her to the others including children, and tell them if there's a cat or dog in the room.

3.The door to a room or cabinet or to a car that is left partially open is a hazard to the blind.

4.At dinner they will not have trouble with ordinary table skills.

5.You don't have to avoid words like "see." they use them too.

6.They won’t want pity, but don't talk about the "wonderful compensations" of blindness. Their sense of smell, taste, touch or hearing did not improve when they became blind, they rely on them more and, therefore, may get more information through those senses than you do--that's all.

7.If they are your houseguest, show them the bathroom, closet, dresser, window--the light switch too. They would like to know if the lights are on or off.

8.They will discuss blindness with you if you're curious, but it's an old story to them. They have as many other interests as you do.

9.Don't think of them as just blind persons. they are just people who happen to be blind.

10.You don't need to remember some "politically correct" term, "visually impaired", "sight challenged" etc. Keep it simple and honest, just say blind.

The Traffic law require drivers to yield the right of way when they see the extended white cane. Only the blind will usually carry white canes. You see more blind persons today walking alone, not because there are more of them, but because they have learned to make their own way.

sumber: National Concil For The Blind, Malaysia
website: www.ncbm.org.my

Sunday, February 7, 2010

Sejarah penubuhan PERMIUM

Atas kesedaran betapa perlunya diwujudkan sebuah persatuan bagi menjaga kebajikan dan keperluan mahasiswa istimewa di Universiti Malaya, Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya atau ringkasnya PERMIUM adalah dirasakan amat signifikan.

Pertengahan tahun 1996-1997 jawatankuasa yang ditubuhkan telah berusaha ke arah mendaftar PERMIUM di peringkat universiti.

Usaha mereka tersebut akhirnya telah mendapat perhatian oleh pelbagai pihak luar dan dalam termasuklah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Pada bulan Jun 1998 PERMIUM telah diiktiraf dan berjaya didaftarkan. PERMIUM telah mula ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 24 orang. Selain daripada mahasiswa istimewa sebagai ahli PERMIUM, mahasiswa lain turut menyertai PERMIUM sebagai Sukarelawan.

Pesta Konvokesyen 1998 telah menjadi saksi betapa PERMIUM mampu bergerak. Manifestasi kepada kemampuan ini terbukti bila mana PERMIUM berjaya mengendalikan gerai sepanjang pesta tersebut dan gerai jualan di festival konvokesyen telah menjadi aktiviti tahunan PERMIUM.

Kem Motivasi Pelajar Istimewa (KEMPIS) di Kem Bira Tatanegara Langkawi pada tahun 2001 dan di Kem Permai Kuching Sarawak telah menyerlahkan lagi potensi mahasiswa istimewa.

Ia juga membuktikan PERMIUM turut mampu memberi sumbangan kepada masyarakat luar kampus. Hal ini seterusnya dapat mengikis prasangka negatif dan prejudis masyarakat terhadap kemampuan insan istimewa dalam menyumbangkan idea dan mengendalikan program.

.........

Kini PERMIUM telah membuktikan bahawa kecacatan atau kekurangan fizikal bukan penghalang kepada setiap kejayaan yang ingin dicapai.

Atas kesungguhan dan iltizam yang tinggi, mahasiswa istimewa melalui PERMIUM membuktikan hahawa mereka tetap berperanan dalam membangunkan masyarakat cacat khususnya dan negara amnya.

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Tuesday, February 2, 2010

Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat

bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah pada 2 Februari 2010 di Bangunan Seri Jati, telah berlangsungnya majlis bacaan yasin dan solat hajat yang diimami oleh teman sukarelawan saudara Naqiuddin serta bacaan yasin. Around 8.15 majlis bacaan yasin dilanjutkan dengan pengisian rohani yang juga disampaikan oleh saudara Naqiu. Majlis diteruskan dengan ucapan penyelia KK7, Saudara Arsyad (afwan kalau kak Nur silap ya, n tolong perbetulkan) tersentuh hati ini bila ucapan tanpa dirancang itu menyelitkan hal ukhwah serta semangat PERMIUM... subhanallah... kak Nur antara yang tersentuh hati ketika itu. sayang dan rindunya dapat berkumpul seperti ini kerena Allah. Sisa masa yang yang ada, tetamu di jamu dengan slide yang dibuat khas untuk memperkenalkan saudari Siti Atikah untuk tatapan semua hadirin. Bertapa antara air mata yang hadir itu membuktikan kasih sayang antara kita. Subhanallah....

apa yang nak kak Nur share sikit kat sini, bertapa Allah mempermudahkan usaha yang amat ringat ini, beberapa jam sebelum majlis ini berlangsung ada hati-hati yang mahu menyalurkan sumbangan untuk nperjalanan hati ini. MasyaAllah...

Alhamdulillah syukur kehadirat ilahi.

jazakumullah buat semua yang menjayakan majlis ini.
ada masa kita kumpul lagi
sayang semua kerana Allah
~AKHUKUM FILLAH~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes