Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Thursday, September 27, 2012

PERMIUM




laman blog PERMIUM sedang dalam proses tranformasi.

Monday, July 4, 2011

PERMIUM :Pencarian READER

Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya PERMIUM sedang memerlukan sukarelawan Reader dan sukarelawan projek. oleh itu, anda di alu-alukan bagi menyertai sukarelawan tersebut

Friday, May 20, 2011

Bengkel Persiapan Kerjaya dalam Kalangan Mahasiswa OKU

Salam sejahtera buat semua..

Pada 18 dan 19 Mei 2011, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian Jabatan Pembangunan OKU telah menganjurkan satu Bengkel Persiapan Kerjaya dalam Kalangan Mahasiswa OKU di IPTA Siri 1/2011 bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsan Malaysia ( MAKPEM ).

Bengkel ini disertai oleh mahasiswa daripada pelbagai universiti dan kolej di Malaysia yang terdiri daripada kalangan OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga pelajar lepasan SPM yang mengikuti bengkel ini.

Antara aktiviti menarik sepanjang bengkel ini ialah ice breaking dengan cara menyebut jenis kecacatan yang dimiliki memandangkan bengkel ini disertai oleh pelbagai jenis kecacatan. Wakil daripada UM terdiri daripada 8 orang peserta iaitu Adilah, Izzati, Umashangari, Atikah Dalil, Yu Tatt, Tien Hong, Raizan dan Yakop Ikram.

Seterusnya ialah ceramah tentang 'Persiapan Awal Kerjaya' yang disampaikan oleh En. Azzanawawy daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Beliau merupakan warga OKU fizikal. Beliau membentangkan tentang bagaimana sekiranya OKU ingin memohon pekerjaan melalui SPA. Beliau juga menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan kuota 1% peluang pekerjaan untuk diisi oleh warga OKU. Jadi kita tidak seharusnya melepaskan peluang yang diberikan.

Seterusnya ceramah kedua bertajuk 'Persiapan Kendiri Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya' yang disampaikan oleh En. Zamzuri Ghani. Beliau merupakan OKU penglihatan. Beliau menekankan tentang pentingnya nilai EQ dalam diri. Seterusnya beliau juga menggalakkan agar peserta membuat persediaan awal sebelum menghadiri temuduga.

Forum bertajuk 'Halangan dan Cabaran Dalam Pekerjaan' disampaikan oleh tiga orang panel yang terdiri daripada Cik Rosni (penglihatan), En. Aqlam(pendengaran) dan Pn. Hamidah(fizikal) dengan diserta oleh En. Mohd Hafiz(penglihatan) sebagai moderator. Para panel banyak menceritakan cabaran yang pernah mereka tempuhi semasa di alam pekerjaan termasuklah keadaan persekitaran, pandangan masyarakat dan juga diprovok oleh pihak atasa.

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai warga OKU tidak harus berputus asa dalam cabaran atau halangan yang datang. Bukan kita sahaja yang diuji. Orang di luar sana lebih banyak lagi yang teruk diuji. Sesungguhnya doa dan semangat itu penting untuk kita terus bersedia menghadapi apa sahaja rintangan yang menghalang perjuangan kita.

Saya juga ingin mengatakan bahawa bengkel ini sangat best.. So, lain kali moh kita ramai-ramai p na...Bukan senang nak berjumpa dengan kawan-kawan yang sama spesis macam kita..KaUM ni pun tak de yang deaf or bisu..So, kita juga mengharapkan agar kita dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak JKM supaya kita dapat membantu kawan-kawan kita di luar sana yang tiada peluang seperti kita.

Sekian dulu untuk entry kali ini...

p/s : gambo atas ni kecik. so kalau nak besar ckit, tengok la kat fb milik ahli PERMIUM yang pergi..

Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis tertinggi Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM) bagi sesi 2011/2012 telah sebulat suara diamanahkan kepada penama-penama berikut :

Yang Dipertua : Nur Aisyatul Radiah binti Alidaniah ( Fakulti Ekonomi )
Naib Yang Dipertua : Muhd Raizan bin Ab Rahman ( Fakulti Sastera dan Sains Sosial )
Setiausaha : Nurul 'Adilah binti Nazri ( Akademi Pengajian Islam )
Bendahari : Anas I'zati binti Md Nor ( Fakulti Sastera dan Sains Sosial )
TAHNIAH dan TAKZIAH diucapkan buat pimpinan baru..=)

Saturday, April 2, 2011

AGM datang lagi.....

Salam sejahtera buat semua...
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERMIUM akan diadakan pada :

Tarikh : 16 April 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bangunan Seri Jati Kolej Kediaman Ketujuh, Universiti Malaya

Sehubungan dengan itu, semua ahli dan sukarelawan PERMIUM diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut yang diadakan hanya sekali setahun.

Friday, December 10, 2010

episod 2: KEMBARA HARAPAN 2010

Seperti yang dijanjikan....



bertolak dengan kenderaan '8 tayar'
van + wheelchair
(",)



PPDK Seri Penyayang
ketibaan kami disambut mesra dan diiringi hujan rahmat
(",)





antara tempat cadangan program
(nak buat apa???? hehehehhe)




otwy ke Muzium Adat Istiadat Melayu Melaka




Anak gajah suka memanjat,
Hamba datang membawa hajat
(hihihihihi)



'pangantin tersipu2 malu'




next destination......
(baca kat bangunan tu)



meting bersama 'nyet'

kata nyet : geram tol ngan hp n wheelchair dak2 ni




makan..............

episod 1: KEMBARA HARAPAN 2010

kelmarin...
9 disember 2010..
selepas kami habis paper terakhir pada 8 disember 2010..maka bergeraklah kami berlima ke negeri bersejarah melaka atau lebih tepatnya pekan alor gajah.


perjalanan kami ini disertai dengan cerita lucu malam sebelum itu, namun segalanya terubat bile berjaya menjalankan misi ini...kami bertolak ke melaka sekitar pukul 10.15 dan tiba di pusat pemulihan dalam komuniti seri penyayang taman kelemak alor gajah pada jam 12 tgh ari. sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh hujan yang turun renyai2..mcm lagu sudirman tu..
Hujan yg turun bagaikan air mata.. ok back to story...

sampai di sana kami disambut oleh 1,2,3,4....5 ok..im actually counting right here.jadi rombongan 5 org disambut oleh 5 org jugak..cantik an..sembang punya sembang sekali baru teringt..aku terlupa na gtau tujuan kitaorg menjalankan misi ke melaka pagi tu..ha..untuk pengetahuan semua..pemergian kami sepatutnya diikuti oleh 4 org yang lain..p 2 daripadanya menduduki exm..jap..iklan..kudoakan kejayaan mereka..eh silap..kejayaan kita semua..2 lagi lak..tau lambat..klu x mesti lagi havoc...an3?erm..kitaorg pergi demi melaksanakan program kembara harapan 2011...yang pd mulanya dirancang pada 7-9 januari..namun tarikh terbaru adalah pada 21-23 jan..alhamdulillah...


cerita lebih lanjut ttg prog tu akan diceritakan kendian..seterusnya dalam pukul 12.50 tu, kami pergi ke dataran keris..untuk menjamu selera di gerai berdekatan dengan stesyen bas alor gajah..nyum3...jam 2 lebih kami bergerak ke muzium adat istiadat melayu..dekat je ngan dataran keris tu..xyah naik kenderaan.bual2 dengan penjaganya..terima kasih diucapkan kepada beliau kerana melayan kami dengan baik sekali.


perhentian seterusnya kompleks rakan muda alor gajah melaka..sebab turning point program kami ni..hee.urusan kami di komplek ni berakhir pukul 4petang..sebelum balik,kami ke ayer paabas, untuk misi terakhir kami..bertemu keluarga salah seorg peserta rombongan tersebut yang akan diamanahkan soal makanan kami sepanjang program nnt..terima kasih ke atas sambutan yang tuan rumah berikan..


sampai di kolej jam 7malam..nanti gambarnya ye..hee

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes