Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Monday, March 8, 2010

KEMPEN KESEDARAN PENCARIAN READER


Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM) bersama sukarelawan akan mengadakan satu program Kempen Kesedaran Pencarian Reader yang akan dimulakan pada hari Rabu 10 Mac 2010 hingga Jumaat 26 Mac. Kempen selama 2 minggu ini bertujuan menyedarkan masyarakat kampus Universiti Malaya mengenai kepentingan reader kepada mahasiswa yang mengalami cacat penglihatan. Kempen ini akan bergerak di seluruh kampus yang mana akan dibuat di setiap kolej dan fakulti di dalam Universiti Malaya. Kempen ini meliputi pengedaran broshure dan pamplet, ceramah dari mahasiswa istimewa di kolej2 kediaman dan fakulti2 di UM. Dengan adanya kempen ini diharapkan warga kampus UM akan menyedari kepentingan reader AKA pembaca sukarelawan ini kepada mahasiswa istimewa lantas menawarkan khidmat mereka..







save r poster ni, n share kat kawan-kawan.. :)


cara nak save picture ni, click pada picture, kemudian save as kat mana-mana folder yang anda nak.






ini karel kat library.



borang reader yang diletakkan pada notis board di library. bukan satu aja, banyak lagi. Banyak mana mahasiswa istimewa (blind) kat UM ni... tapi biasanya macam ni r... 'suci' aja borang ni... huhuhuhu



ni r antara tugas sukarelawan. just 1 jam kita sumbangkan buat mereka untuk seminggu. Dalam seminggu ada 168 jam. kita cuma luangkan masa 1 jam aja. dan kita masih ada lagi 167 jam...... hem... cuba tengok siapa 'reader' dalam gambar ni. tak perlu tahu siapa namanya, tapi perhatikan siapa dia.... dan siapa kita.....




Klik di sini untuk muat turun borang pembaca sukarelawan :




Sebarang pertanyaan atau apa sahaja boleh hubungi :

Presiden PERMIUM
Mohd Rizal bin Mat Nor 013-6329836

Wakil Sukarelawan
Noor Azliza binti Abdullah 017-3838354

Seksyen Kaunseling, OKU & Kerjaya
Pn Aisyah 03-7973244
























Saturday, March 6, 2010


Tuesday, March 2, 2010

PROGRAM DI KPS (22 JANUARI 2010)

Pada 22 Januari, Seksyen Kaunseling, Kerjaya dan OKU Universiti Malaya bersama Syarikat IBM telah mengadakan hari kerjaya untuk mahasiswa OKU yang melibatkan mahasiswa di beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang iaitu Universiti Malaya sebagai tuan rumah, Universiti Isalam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia dan Universiti Institut Teknologi Mara. Program ini telah diadakan di auditorium Kompleks Perdana Siswa dan dihadiri oleh lebih 50 orang mahasiswa terdiri dari pelbagai kecacatan zeperti buta, cacat anggota dan lain-lain.Program ini diadakan bertujuan mendedahkan mahasiswa dengan Syarikat IBM dan kaedah menghadapi temuduga. Selain itu, Sesi perkongsian pengalaman juga diadakan yang diwakili olwh Pekerja OKU yang bekerja dengan IBM serta pelajar OKU dari Universiti Malaya. Saya telah dipertanggung-jawabkan berkongsi pengalaman tentang pengalaman saya sepanjang hidup dalam konteks belajar dan bekerja. Alhamdulillah saya telah Berjaya membuat pembentangan yang baik berdasarkan maklum balas dari pihak penganjur dan peserta.

Kami juga telah diberi beg IBM, sehelai baju T Hari kerjaya, pen dan lain-lain. Selain itu, bahan kursus dalam Braille juga telah disediakan hasil cetakan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia. Tak kurang juga makanannya yang sedap dan lazat untuk sarapan dan makan tengahari. Program itu berlangsung dalam dua sesi iaitu pagi dan petang. Atur cara program adalah seperti di bawah ini.


Time Proposed Agenda Description

9:00 – 9.30 Preparation (UM committee) Ensure room is set up
9:30 - 10:00 Participant arrive at the Hall + Registeration - Welcoming the participants. Help them seated.

10:00 - 10:30
Opening (UM /IBM)

-Welcome Speech from Prof. Madya Datuk Dr Azarae Hj Idris , Deputy Vice-Chancellor, Student Affairs & Alumni Division, University of Malaya

-Introduction from IBM
By Country HR Director – Mr Kenneth Ho

10:30 -11:00
IBM

-IBM Diversity Presentation + Video
By Pn Khairiyatun Azlina
IBM Asia Pacific Executive
Recruitment Manager

11:00 - 12:30 Sharing of experience
a.Career in IBM - Loo Hwai Sheng , IBM Manager

-b. My Day in Life - Top PwD student from University of Malaya, Zamzuri Ghani


12:30 - 02:30
Lunch - Networking
-Lunch & getting to know you

02:30 - 03:45 Career Presentation & Dialogue
By Rejesh Mehta (PwD)
-IBM ASEAN Career Development Lead Presentation

03:45 - 04:00
Feedback Session Q & A

04:00 Closing

Di dalam program ini, saya berkesempatan berkenalan dengan rakan-rakan OOKU yang lain dari Universiti Islam Antarabangsayang kebetulan duduk semeja dengan saya dalam program tersebut. Kami semua bersolat Jumaat di Surau Institut Bahasa dengan menaiki bas dan van yang disediakan. Setelah selesai program, saya menyertai pelajar aUIA menaiki bas universiti tersebut untuk pulang ke rumah. Sampai di UIA, saya telah dihantar oleh salah seorang rakan OKU dengan kereta ke rumah. Pertemuan seumpama ini telah menambahkan lagi kenalan baru saya dan rupanya ramai juga sahabat kita yang OKU di universiti yang lain selain dari Universiti Malaya. Tetapi mereka tidak mempunyai persatuan sendiri yang mewakili suara mereka di universiti berbanding dengan Universiti Malaya di mana pelajarnya telah mempunyai persatuan iaitu Persatuan Mahasiswa Istimewa UM.Tapi malangnya saya tidak berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan dari universiti lain yang buta. Yang saya temui memiliki kecacatan anggota dan lain-lain.

Menurut salah seorang rakan saya dari UKM, mereka baru sahaja menubuhkan sebuah kelab untuk mahasiswa OKU disana. Semoga mereka Berjaya memperkasakan suara mahasiswa OKU di sana. Kita juga perlu mengadakan pelbagai program bersama demi perpaduan dan memartabatkan OKU khususnya mahaiswa OKU di mata masyarakat.

Jutaan terimakasih juga saya ucapkan kepada lebih kurang 20 pelajar Sarjan Muda Kaunseling tahun kedua yang turut terlibat dalam pengendalian program ini. Layanan yang baik yang telah diberikan kepada peserta program tidak akan saya lupakan. Hanya allah yang akan membalas jasa mereka. Mereka Sebenarnya juga merupakan pelajar saya sendiri. Kepada pihak Hal-ehwal pelajar seksyen kaunseling, kerjaya dan oku terutama Puan Liza dan Che’ Maznah, saya mengucapkan jutaan terimakasih. Begitu juga kepada semua rakan-rakan yang turut serta dalam program ini.

* Sharing from http://tintaintelek.blogspot.com
kredit buat abang Zam

"MENARA GADING"

* post kali ni kak Nur kongsikan bingkisan dari seorang teman kita memalui blognya http://tintaintelek.blogspot.com/ Hem nanti bila-bila datang jengah blognya pula ya. Ini blog sahabat mahasiswa istimewa UM juga. abang Zamzuri namanya. sekarang tengah ambil PHD..

mohon kak Nur paste ya....


Assalamualaikum! Apa khabar pengunjung blog ini. Selamat datang saya ucapkan kepada semua. Terimakasih yang tidak saya ucapkan kerana kesudian rakan-rakan semua melayari blog yang tidak sepertinya ini. Hari ini pembaca sukarela saya tidak datang. Jadi, berkesempatanlah diri saya melawati blog rakan-rakan semua. Memang hebat blog kalian, rasanya diantara blog rakan-rakan dengan saya seperti langit dengan bumi. Blog saya tidak secanggih blog rakan semua. Walau bagaimana pun, saya amat berharap nukilan dan tulisan dalam blog saya sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada rakan-rakan semua.

Jutaan terimakasih kepada Rasasayang79 dan Ketua Panitia Sejarah MSAB kerana menjadi ”follower” blog saya. Saya juga telah beberapa kali melawat blog rasasayang79. Memang menarik dan hebat sekali. Begitu juga dengan blog yang lain. Terimakasih juga kepada rakan-rakan yang sudi memautkan blog saya kepada blog saudara semua. Setelah saya membaca blog rakan-rakan semua, saya berasa amat kagum dengan kebolehan rakan-rakan semua dalam bidang teknologi kerana telah berjaya menghasilkan blog yang canggih serta memuatkannya dengan pelbagai pengisian yang menarik, berilmu dan sangat bermanfaat untuk diri saya dan para pembaca sekalian. Moga usaha anda semua akan memberi impak positif kepada semua pihak terutama golongan buta di Malaysia. Kehadiran blog anda semua akan menghangatkan lagi kemajuan ICT di kalangan kita.
Ia juga memberi gambaran bahawa golongan buta juga tidak ketinggalan dalam mengecapi dan menikmati indahnya dunia ICT sebagaimana orang yang celik.

Di saat ini, saya masih lagi menyambung pengajian saya dalam bidang kedoktoran( PhD) pengkhususan kaunseling di Fakulti Pendidikan Universi Malaya.Disamping itu, saya juga menjadi salah seorang tenaga pengajar di sini bagi mengajar pelajar Sarjana Muda Kaunseling. Untuk penggetahuan semua, pengajian saya ditaja oleh pihak universiti melalui Skim Biasiswazah Universiti Malaya. Oleh itu, Saya disyaratkan mengajar sekurang-kurangnya tiga jam seminggu.
Setelah hampir dua tahun pengajian, Saya telah mengajar tiga semester termasuk semester kali ini. Saya telah dipertanggung-jawabkan untuk mengajar mata pelajaran teknik kaunseling dan psikologi perkembangan kepada para pelajar Sarjana Muda Kaunseling di Fakulti Pendidikan.
Sebagai pelajar, saya dikehendaki mengambil tujuh matapelajaran yang berkaitan dengan Kaunseling dan kaedah membuat kajian iaitu empat matapelajaran Kaunseling dan tiga mata pelajaran yang berkaitan dengan kaedah membuat kajian. Saya juga dikehendaki membuat kajian khusus (disertasi) yang berkaitan dengan psikologi dan kaunseling untuk memenuhi keperluan pengajian. Jangka masa pengajian ialah tiga hingga lapan tahun. Saya berharap agar dapat menyempurnakannya secepat mungkin.

Kini, saya telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam enam subjek yang telah saya ambil. Cuma tinggal satu lagi sahaja yang belum saya ambil kerana tidak ditawarkan pada semester ini. Saya juga telah memulakan penyelidikan yang bertajuk ”Pengalaman Konflik Emosi Di Kalangan OKU Penglihatan di Bandaraya Kuala Lumpurr” dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Penyelidikan ini memerlukan saya mencari 10 orang Oku penglihatan sebagai responden untuk ditemuduga bagi mendapatkan data dalam penyelidikan. Temuduga yang dibuat akan ditranskripsikan dan kemudiannya akan dianalisis.Data yang diperolehi akan dianalisis dan menghasilkan dapatan penyelidikan. Penyelidikan akan ditulis dalam lima bab sekurang-kurang 30000 patah perkataan. Saya amat berharap agar dapat menyelesaikan penyelidikan ini secepat ungkin.

Sebagai seorang pelajar, saya akan berulang-alik dari Batu 6 Gombak menaiki teksi, LRT Putera dan bas untuk sampai ke Universiti Malaya iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Saya akan berada di perpustakaan utama Universiti Malaya dari jam 9 pagi hingga 6 petang untuk mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan dibantu oleh para pembaca sukarela. Mereka inilah yang telah banyak membantu kami golongan mahasiswa buta untuk mendapatkan bahan-bahan penyelidikan dan pembelajaran. Mereka jugalah teman dan rakan kami di sini. Malah ada diantara bekas pelajar yang mendapat jodoh di kalangan para pembaca sukarela. Banyak cerita suka duka yang dialami bersama-sama dengan mereka. Betapa besarnya jasa mereka terhadap kami semua.
Hanya Allah sahajalah yang akam membalas segala kebaikan mereka.
Di perpustakaan utama UM ini disediakan sebuah bilik (carrel) di aras satu dan dua untuk setiap mahasiswa buta bagi menjalankan sesi bacaan bersama pembaca sukarela. Sekarang ini kami juga boleh mengakses internet dari karel ini melalui ”wireless network”. Di perpustakaan utama. Mak mal S yang berada di aras tiga pula merupakan sebuah bilik yang boleh digunakan oleh mahasiswa buta untuk menggunakan komputer (PC) yang dilengkapi dengan pembaca skrin bersuara yang juga boleh digunakan untuk mengakses internet.Di situ juga terdapat sebuah ”Emboser” untuk mencetak bahan dalam bentuk Braille. Kemudahan inimemudahkan kami untuk mencari bahan pembelajaran dari luar negara seperti ”E books”, jurnal dan disertasi.

Bagi mendapatkan seramai mungkin pembaca sukarela, kami akan menampalkan borang yang telah dilengkapkan dengan jadual waktu bila pembaca sukarela diperlukandi bahagian meletak beg di pintu masuk perpustakaan utama. Saya juga telah menampalkan borang di kolej kediaman untuk mendapatkan pembaca sukarela. Para pembaca sukarela ini adalah terdiri dari kalangan mahasiswa yang menuntut dalam pelbagai fakulti. Ada juga di kalangan pembaca sukarela ini terdiri dari bukan mahasiswa yang sudi menjadi pembaca sukarela. Mereka boleh menghubungi mahasiswa buta itu sendiri, seksyen kaunseling, kerjaya dan OKU dan pihak perpustakaan utama. Iklan dan kempen untuk mencari pembaca sukarela sering juga diadakan oleh beberapa pihak seperti Sekyen Kaunseling, Kerjaya dan OKU, Persatuan Mahasiswa Istimewa UM dan beberapa pihak di universiti yang prihatin dengan perkara ini. Baru-baru ini Pelajar koleh Kediaman Keempat (Kolej Bisrtari) melalui program ”care for all” telah juga mengusahakan pencarian pembaca sukarela kepada mahasiswa buta. Usaha seumpama ini patut diberi sanjungan dan dicontohi oleh mahasiswa lain. Saya sendiri memerlukan sekurang-kurangnya 20 orang pembaca sukarela seminggu untuk melancarkan pemyelidikan saya. Selalunya para sukarelawan ini dikehendaki membaca selama satu jam setiap minggu sehingga tamat semester tersebut. Setiap semester, kami akan mencari pembaca sukarela yang baru. Tetapi sekiranya ramai juga para pembaca sukarela yang lama meneruskan perkhidmatan mereka pada setiap semester.

Di kolej kediaman Za’ba, disediakan sebuah bilik (bilik seri jati) yang telah mula beroperasi pada tahun 1998 bagi digunakan oleh mahasiswa buta untuk belajar dan bilik tersebut telah dilengkapi dengan komputer dan pembaca skrin bersuara. Kini, bilik tersebut telah dibina semula dengan lebih sempurna dan menarik dan dilengkapi dengan lebih kurang 20 buah komputer dan boleh mengakses internet. Bilik ini juga menjadi bilik gerakan Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Cerita tentang persatuan ini akan saya lanjutkan dalam penulisan yang akan datang.

Sebelum saya mengakhiri bingkisan saya ini, saya ingin memaparkan sebuah kisah tentang apa itu menara gading?

Ketika saya bersama rakan saya pulang dari Universiti Malaya, kami telah menaiki sebuah teksi untuk pulan ke rumah di batu enam Gombak. Setelah kami menaiki teksi tersebut, kami berbual-bual dengan pemandu teksi tersebut.

”Anak berdua ni kerja kat mana?”
Tanya pemandu teksi.
”Kami tak kerja pacik, kami masih belajar lagi di Universiti Malaya.” Saya memberikan penerangan.

”Oh ya ke! Rupa-rupanya anak berdua ni belajar di menara gading.” Kata emandu teksi itu terkejut.

”Begitulah lebih kurang” Rakanku membalas.

”Anak tahu tak apa dia menara gading?” Soal pemandu teksi tersebut.

Kami terdiam samberfikir sejenak.

”Menara dan gading. Cuba fikir.” Pemandu teksi meneruskan kata-katanya.

”Menara tu tempat adik menuntut ilmulah iaitu di universiti. Menara tu kan tinggi mengambarkan ilmu yang dicari.”Gading pula merupakan sesuatu yang berharga. Kalau dijual mahal harganya. Nak dapatkan gading tu bukannya senang. Jadi gading yang dimaksudkan tu ialah ijazah yang adik dapatlah.” Pemandu teksi memberi penjelasan lanjut.

”Yalah betullah kata pakcik.” Kami mengiakan kata-kata pemandu teksi tersebut.

Sebelum kami turun dari teksi tersebut, dia melontarkan pesanan ini kepada kami.

”jangan lupa membawa gading pulang dari menara.”

Kami hanya mampu tersenuyum sahaja sambil mengucapkan terimakasih kepada pemandu teksi tersebut.

Benmarlah kata pemandu teksi tersebut. Menara gading memberikan satu pengertian yang amat mendalam dan bermakna kepada semua mahasiswa yang sedang berada di puncak menara gading termasuklah kami mahasiswa buta.
Fikir-fikirkanlah wahai semua mahasiswa yang sedang belajar di menara gading. Bawalah pulang gading itu ke pangkuan kelu

Monday, March 1, 2010

Nikmat hidup

21 Februari 2010

Hem post kali ni kak Nur nak share 1 kisah yang terjadi baru-baru ni. Semalam kak Nur balik rumah. Terasa rindu dengan family. petang kak Nur sampai rumah, ayah tak ada.. Tinggal mak aja kat rumah. Petang tu ayah kak Nur balik bawa kelapa (sekarang ayah pajak pokok kelapa n proses kelapa tu pehtu jual) tapi apa yang nak kak Nur share ni... lam kereta ayah ada burung. bila kak Nur tunjukkan gambar ni kat kak Yan, dia kata ni burung terkukur.. ooo kak Nur bukan tahu sangat pasal burung ni.



Ni r burungnya. sambil kak Nur kemas rumah, kak Nur bagi Ababil (nama burung ni) kuar dari sangkar. hem... tak lari pun Ababil, jalan pun cam baby bertatih aja.Kata ayah burung ni duduk kat tengah jalan. Banyak kali ayah hon2 tapi tak mo lak dia g. Cuba bayangkan kalau ayah just kuar dari kereta n ambil burung ni letak tepi jalan aja pastu tinggalkan ia. Sedabgkan burung ni tak pandai terbang lagi. Jalan pun masih was-was.

Sama r nak relate ngan diri kita ni. Bayangkan kalau ada someone datang kat kita.. tanya pasal islam, tapi waktu tu kita past je orang tu kat orang lain. Dan setelah itu kita bila ada yang mempersoalkan kita leh aja jawab... " tugas saya dah selesai, apa yang berlaku selepas tu terpulang atas orang yang dipertanggungjawabkan tu. Hem... jika kita Si A ni... dan orang yang kita 'amanahkan' tu Si B. Si B ni juga sama aja perangan macam Si A bagi 'amanah' tu kat Si C, 'Alangkah baik lagi Si C ni pun turut nak sertai 'permainan rantaian' ini... atau juga mungkin Si C ni ambil 'amanah' tu tapi tak pertanggungjawabkan. Kat sini yang sadis ye kat orang yang 'like bola' tu r... tendang-tendang tapi tak masuk pun kat goal. Tanpa kita beri apa yang sepatutnya dia dapat dari kita. Mana istilah 'sharing is caring' lam bab ni. bagi kak Nur boleh aja kita nak past button (amanah) tu kat orang lain... but indah sanhat kalau kita terus-terusan follow up... MasyaAllah...

Nak mengingatkan diri kak Nur sendiri dan kawan-kawan.... Ayat-ayat cinta dari Allah tuk kita... ingat tak untuk apa SEBENARNYA Allah ciptakan kita di muka bumi ini???

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan
khalifah di bumi" Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh. Aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui."
(2:30)


Aku tidak menciptakan jin dan manusia MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAT KEPADA-
KU
(52:56)

Astarfirullah al-azim....
Astarfirullah al-azim....
Astarfirullah al-azim....


2 hari lepas kawan kak Nur bagi ayat ni...


"Maka apabila telah selesaikan (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)" (94:7)


MasyaAllah tersentak hati ini.... 1 teguran buat kita semua. nak relatekan plan kita yang passing2 tu dengan ayat perintah ini.....



Hem hari ni... mungkin Ababil tak boleh nak terbang tinggi... Ada hikmahnya Ababil bersama dengan kami. Sesungguhnya Allah yang tetapkan suratan kita. kadang-kadang bila ujian yang diberikan tu berat buat kita, kita rasa sangat-sangat terbeban. selalu juga kita tak suka apa yang berlaku atas diri kita. Andai semalam kita berlari pantas... Hari ini kaki kita tersungkur jatuh.....

"...... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah menhetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(2:216)

" Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya......' (2:286)

Allahuakbar!!!!!!



Ada seorang teman permium kita yang dah mula bertatih jalan. hem... Alhamdulillah.... (tepuk tepuk tangan) mungkin bergerak dengan 2-2 tongkat lebih lambat (penat lagi ada) daripada guna wheel chair, tapi Subhanallah, mesti dia rasa bertapa nikmatnya mempunyai kaki semula. Sebenarnya semua ujian yang Allah berikan itu adalah nikmat bagi mereka yang benar-benar beriman.




* Ababil, nanti kalau dah boleh terbang lebih tinggi dan lebih jauh singgahlah di sini lagi ya. InsyaAllah

Saturday, February 20, 2010

MENJADI DIRIKU

Bismillahirahmanirahim….

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!



MasyaAllah bertapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita yang setiap detik, setiap saat dan setiap nafas tak pernah terputus darinya….



Teman-temanku….


Bertapa ruginya kita… tersangat-sangat rugi! Bila kita tak hargai apa yang kita miliki… ibarat permata yang hilang. Ya, permata yang kita miliki cumanya kita tak mengerti bertapa berharganya ia.. Maka ia tiadalah gunanya untuk kita. Nauzubillah…



Cuba kamu lihat nikmat yang ada pada temanmu…



Kisah 1 :

Nur : saya punyai teman, Nurul. Nikmat yang ada padanya dia mempunyai adik. Ada 3 orang adik. Tapi saya anak bongsu.

Nurul : nikmat yang saya lihat pada teman saya, Nur ada kakak yang sangat best. Yang sentiasa ambil berat padanya.



Kisah 2 :


Abang Zam : walaupun baru 2 hari saya mengenali Fahmi, nikmat yang ada pada dia yang tak ada pada saya, Fahmi ada motor. Senang nak ke mana-mana. Fahmi juga seorang yang penyayang. Sangat mengambil berat tentang diri saya.

Fahmi : Pada saya abang Zam seorang yang istimewa. Apa yang menarik padanya, abang Zam ada laptop dan hp yang boleh berkata-kata. Abang Zam juga ada jam brielle. Hatinya sangat terang.



MasyaAllah, lihat sahaja nikmat yang kita nampak pada kawan, dan nikmat yang mereka lihat pada kita. Bagi kita atau mereka, apa yang orang lain ada itu amat berharga buat kita kalau kita juga milikinya. Tapi kenapa kita tidak melihat PERMATA yang ada pada kita….. teman-teman, renungilah bait-bait puisi ini…..



Menjadi Diriku

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya

Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *)

Monday, February 8, 2010

Understanding The Blind

When you meet a blind person, don’t be ill at ease, it will help if you remember the following points:

They are ordinary persons, just blind. You don't need to raise your voice or address them as if they were children. Don't ask their companion what they want--"Cream in the coffee?"--ask them directly.

1.They will most probably be using a long white cane to walk independently; or they may ask to take your arm. Let them decide, and please don't grab their cane or arm; let them take yours. Let them keep a half-step behind you to anticipate curbs and steps.

2.They would want to know who's in the room with them. Speak when you enter. Introduce him/her to the others including children, and tell them if there's a cat or dog in the room.

3.The door to a room or cabinet or to a car that is left partially open is a hazard to the blind.

4.At dinner they will not have trouble with ordinary table skills.

5.You don't have to avoid words like "see." they use them too.

6.They won’t want pity, but don't talk about the "wonderful compensations" of blindness. Their sense of smell, taste, touch or hearing did not improve when they became blind, they rely on them more and, therefore, may get more information through those senses than you do--that's all.

7.If they are your houseguest, show them the bathroom, closet, dresser, window--the light switch too. They would like to know if the lights are on or off.

8.They will discuss blindness with you if you're curious, but it's an old story to them. They have as many other interests as you do.

9.Don't think of them as just blind persons. they are just people who happen to be blind.

10.You don't need to remember some "politically correct" term, "visually impaired", "sight challenged" etc. Keep it simple and honest, just say blind.

The Traffic law require drivers to yield the right of way when they see the extended white cane. Only the blind will usually carry white canes. You see more blind persons today walking alone, not because there are more of them, but because they have learned to make their own way.

sumber: National Concil For The Blind, Malaysia
website: www.ncbm.org.my

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes