Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Friday, December 10, 2010

episod 2: KEMBARA HARAPAN 2010

Seperti yang dijanjikan....bertolak dengan kenderaan '8 tayar'van + wheelchair(",)PPDK Seri Penyayangketibaan kami disambut mesra dan diiringi hujan rahmat(",)antara tempat cadangan program(nak buat apa???? hehehehhe)otwy ke Muzium Adat Istiadat Melayu MelakaAnak gajah suka memanjat,Hamba datang membawa hajat(hihihihihi)'pangantin tersipu2 malu'next destination......(baca kat bangunan tu)meting bersama 'nyet'kata nyet : geram tol ngan hp n wheelchair dak2 nimakan..............

episod 1: KEMBARA HARAPAN 2010

kelmarin...9 disember 2010..selepas kami habis paper terakhir pada 8 disember 2010..maka bergeraklah kami berlima ke negeri bersejarah melaka atau lebih tepatnya pekan alor gajah.perjalanan kami ini disertai dengan cerita lucu malam sebelum itu, namun segalanya terubat bile berjaya menjalankan misi ini...kami bertolak ke melaka sekitar pukul 10.15 dan tiba di pusat pemulihan dalam komuniti seri penyayang taman kelemak alor gajah pada jam 12 tgh ari. sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh hujan yang turun renyai2..mcm lagu sudirman tu..Hujan yg turun bagaikan air mata.. ok back to story...sampai di sana kami disambut oleh 1,2,3,4....5 ok..im actually counting right here.jadi rombongan 5 org disambut oleh 5 org jugak..cantik an..sembang punya sembang sekali baru teringt..aku terlupa...

Wednesday, November 10, 2010

Perasmian WQ Park

Salam sejahtera buat semua...Pada 6 November 2010 (Sabtu) yang lepas, seorang ahli PERMIUM iaitu Nor Rasyidah Anum bt. Mohd. Rasul telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada pihak WQ Park sempena perasmian Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi tersebut. Sumbangan tersebut juga diberikan kepada 3 orang lagi yang terpilih. Nor Rasyidah Anum hadir ke majlis tersebut ditemani oleh Aisyatul, K. Liza dan Adilah.Perasmian WQ Park telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah (DK, SSAP, SIMP, DK(Terengganu), DK(Johor), SMPJ).Majlis tersebut bermula daripada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Timbalan Menteri...

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Maju Jaya

Salam sejahtera...PERMIUM ingin mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' dalam peperiksaan akhir yang akan bermula 22 Nov. 2010 buat semua pengunjung blog PERMIUM...

Program Motovasi Cerminan Diri OKU

Salam sejahtera...PERMIUM akan menganjurkan 'Program Motovasi Cerminan Diri OKU' bertempat di Kolej Kediaman Za'ba(KK7) UM pada 28 Jan. 2011 hingga 31 Jan. 2011.Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar OKU tentang kepentingan pelajaran, cabaran di alam universiti dan alam kerjaya dan menggalakkan mereka untuk meneruskan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi di samping memperkenalkan Universiti Malaya.Program ini mensasarkan para pelajar Sekolah Menengah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Mahasiwa istimewa daripada universiti terdekat seperti UIA, UKM dan sebagainya dijemput untuk menjadi fasilitator.Pihak PERMIUM mengalu-alukan sebarang pertolongan sama ada berbentuk idea, tenaga,...

Kursus Pengurusan Organisasi

Salam sejahtera buat semua.Entry kali ini adalah berkenaan dengan satu kursus iaitu 'Kursus Kemahiran Pengurusan Organisasi Badan Pelajar Berdaftar Universiti Malaya - Fasa 2' yang telah diadakan pada 31 okt. 2010 hingga 2 Nov. 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang anjuran Hal Ehwal Pelajar & ALUMNI. PERMIUM telah menghantar 2 orang wakil iaitu Sdr. Nur Aisyatul Radiah Alidaniah dan Sdr. Nurul 'Adilah Nazri.Antara program yang telah berlangsung sepanjang kursus ialah :1. Suai kenal dan pembahagian kumpulan oleh En. K. Puniamurthy2. Sesi pemimpin bersama Naib Canselor UM iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Ghauth Jasmon.3. Sistem maklumat pelajar bersepadu (ISIS) oleh En. Adiel daripada Pusat Teknologi Maklumat.4. Pengurusan...

Friday, October 15, 2010

GEMA SYAWAL PERMIUM 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Pada 3 Oktober 2010 hari Ahad telah berlangsungnya Majlis Gema Syawal PERMIUM 2010 yang dianjurkan oleh PERMIUM, bertempat di Dewan Nukleus,Kolej Kediaman Za'ba(KK7).Seramai 150 jemputan yang dianggarkan hadir memeriahkan majlis.Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dibantu oleh para sukarelawan.. Antara jawatankuasa pelaksana.. Persembahan daripada kumpulan ELHAMZ Ucapan wakil TNC,Pn. Maznah Ucapan wakil Pengetua,En. Qhairul Nizam ...

Monday, August 16, 2010

KENANGAN MAWARIS

Alhamhulillah..... sweet sangat kenangan MAWARIS'10. walau gambar kak Nur tak ada (hehehehe kenangan simpan lam ati aje) kredit wat tatapan semuaNyanyian dari adik Faiq bersama-sama penyanyi latar...Majlis dimulakan denganbacaan doa oleh Imam Muda.. Ameen...ini gambar kita!!!!peace !!!!senyumlah... =)MC terbaik!!!! sabahan!!!pertanyaan dari wakil UIA.... bakal penggerak suara kita dari luar sana!!!"menjadi diriku dengan segala kekurangan....menjadi diriku atas kelebihanku...."deklimasi sajak dari akhi Zamz...

Sunday, August 15, 2010

buka puasa bersama wq park

baru tadi, permium telah berbuka puasa bersama wq park di kelana jaya.. majlis tersebut khusus untuk orang kurang upaya dan kehadiran memang amat ramai. permium mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjemput kami, serta mereka yang terlibat dalam majlis tadi sehingga kepada pemandu van yang di kasihi.. encik yusri. kehadiran kami kesana dengan konvoi bersama 2 buah kereta lagi yang telah menumpangkan saudari aisyah dan saudari rasyidah. oleh kerana hujan turut mengiringi kami, maka perjalanan bermula agak lambat.. mereka yang menaiki van ke sana adalah saudara faiq, sdr. khairullah affarouk, sdr. ahmad arif , sdr. shahrizal, sdr solihin & sdr diri ini juga.. dari perempuan, 2 yang telah disebut, sdri izzati, sdri anas, sdri nurul nadia, nurul nalya, sdri zaleha, sdri nurul adilah....

Friday, August 6, 2010

laporan 5:malam warga istimewa..(mawaris 2010)

program ini baru sahaja berlangsung hari rabu yang lalu, bersempena festival konvokesyen universiti malaya 10.. Antara pengisian program ialah forum oku:realiti di alam kampus dan cabaran alam kerjaya.. tayangan video, persembahan sajak oleh abang zam, nyanyian oleh faiq, permainan gitar oleh en godfrey ooi goat sea. TNC sendiri menghadiri program ini selaku perasmi..p/s: segala salah silap dan masalah yang timbul sepanjang program sehinggalah semasa di seri jati..disusun sepuluh jari memohon kemaaf...

laporan 4: minggu promo badan pelajar

26-29 julai, dalam masa road tour reader 2, permium turut terlibat dengan promosi badan pelajar..BADAN PELAJAR????jerit seorang pelajar junior permium..sepanjang 6 tahun penulis di um tidak pernah mendengar lawak tersebut..heee..gerai promo yang berjalan 4hari tersebut berlangsung di tapak parking kompleks perdana siswa dan sejumlah sukarelawan berjaya di"rekrut"..p/s:ketua sukarelawan yg baru telah dilantik..beliau ialah cik syaidatulnor ibrahim..pelajar tahun 3 sastera dan sains sosia...

laporan 3:program road tour reader the second

bermula dari 19 julai 2010, permium bersama sukarelawan dengan kerjasama bahagian kaunseling, kerjaya dan oku telah menjelajah ke seluruh UM untuk mencari reader kali kedua. pada kali ini, permium telah pergi kesemua kolej 1-12 dan berakhir pada 27 julai..seramai lebih 600 reader baru dan lama berjaya di kumpul. didoakan program ini akan diadakan lagi serta reader yang berjaya didapatkan ini dimanfaatkan sepenuhnya.p/s: logo permium baru telah di pilih.next entry akan ditampal di sini....

laporan 2:road to remember

awal sesi pengajian 2010/11..telah diadakan sesi memperkenalkan jalan-jalan di UM kepada ahli junior permium oleh senior permium dan sukarelawan.. sesi jelajah bermula di Kolej Zaaba, APM, Bang. Siswarama, Perpustakaan Utama & Tasik Varsiti..sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut..dan semoga program tersebut membantu mengeratkan hubungan senior junior permium sukarelawan..program berakhir dalam pukul 2 petang...P/s:sabar ye..d lagi 3 program akan menyu...

laporan 1:kempen road tour reader pertama

kempen road tour reader pertama telah berjaya dijalankan di 5 kolej kediaman serta semua fakulti. kolej kediaman yang telah menerima kunjungan kami ialah ketiga, keempat, ketujuh, kelapan, kedua belas..terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut..next entry kami akan memaparkan gambar-gambar sepanjang program tersebut..p/s:maaf lama tidak update blog ni..akan mula aktif selepas ini..sama-sama kita doakan...

Thursday, August 5, 2010

sahabat terindah.....

Hidup manusia memerlukan sahabat.Pada saya, saya pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya.Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah.Allah SWT berfirman:“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…”...

Monday, March 8, 2010

KEMPEN KESEDARAN PENCARIAN READER

Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM) bersama sukarelawan akan mengadakan satu program Kempen Kesedaran Pencarian Reader yang akan dimulakan pada hari Rabu 10 Mac 2010 hingga Jumaat 26 Mac. Kempen selama 2 minggu ini bertujuan menyedarkan masyarakat kampus Universiti Malaya mengenai kepentingan reader kepada mahasiswa yang mengalami cacat penglihatan. Kempen ini akan bergerak di seluruh kampus yang mana akan dibuat di setiap kolej dan fakulti di dalam Universiti Malaya. Kempen ini meliputi pengedaran broshure dan pamplet, ceramah dari mahasiswa istimewa di kolej2 kediaman dan fakulti2 di UM. Dengan adanya kempen ini diharapkan warga kampus UM akan menyedari kepentingan reader AKA pembaca sukarelawan ini kepada mahasiswa...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes