
Salam sejahtera buat semua..Pada 18 dan 19 Mei 2011, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian Jabatan Pembangunan OKU telah menganjurkan satu Bengkel Persiapan Kerjaya dalam Kalangan Mahasiswa OKU di IPTA Siri 1/2011 bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsan Malaysia ( MAKPEM ).Bengkel ini disertai oleh mahasiswa daripada pelbagai universiti dan kolej di Malaysia yang terdiri daripada kalangan OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga pelajar lepasan SPM yang mengikuti bengkel ini.Antara aktiviti menarik sepanjang bengkel ini ialah ice breaking dengan cara menyebut jenis kecacatan yang dimiliki memandangkan bengkel ini disertai oleh pelbagai jenis kecacatan. Wakil daripada UM terdiri daripada 8 orang...