Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Friday, May 20, 2011

Bengkel Persiapan Kerjaya dalam Kalangan Mahasiswa OKU

Salam sejahtera buat semua..


Pada 18 dan 19 Mei 2011, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian Jabatan Pembangunan OKU telah menganjurkan satu Bengkel Persiapan Kerjaya dalam Kalangan Mahasiswa OKU di IPTA Siri 1/2011 bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsan Malaysia ( MAKPEM ).

Bengkel ini disertai oleh mahasiswa daripada pelbagai universiti dan kolej di Malaysia yang terdiri daripada kalangan OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga pelajar lepasan SPM yang mengikuti bengkel ini.

Antara aktiviti menarik sepanjang bengkel ini ialah ice breaking dengan cara menyebut jenis kecacatan yang dimiliki memandangkan bengkel ini disertai oleh pelbagai jenis kecacatan. Wakil daripada UM terdiri daripada 8 orang peserta iaitu Adilah, Izzati, Umashangari, Atikah Dalil, Yu Tatt, Tien Hong, Raizan dan Yakop Ikram.

Seterusnya ialah ceramah tentang 'Persiapan Awal Kerjaya' yang disampaikan oleh En. Azzanawawy daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Beliau merupakan warga OKU fizikal. Beliau membentangkan tentang bagaimana sekiranya OKU ingin memohon pekerjaan melalui SPA. Beliau juga menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan kuota 1% peluang pekerjaan untuk diisi oleh warga OKU. Jadi kita tidak seharusnya melepaskan peluang yang diberikan.

Seterusnya ceramah kedua bertajuk 'Persiapan Kendiri Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya' yang disampaikan oleh En. Zamzuri Ghani. Beliau merupakan OKU penglihatan. Beliau menekankan tentang pentingnya nilai EQ dalam diri. Seterusnya beliau juga menggalakkan agar peserta membuat persediaan awal sebelum menghadiri temuduga.

Forum bertajuk 'Halangan dan Cabaran Dalam Pekerjaan' disampaikan oleh tiga orang panel yang terdiri daripada Cik Rosni (penglihatan), En. Aqlam(pendengaran) dan Pn. Hamidah(fizikal) dengan diserta oleh En. Mohd Hafiz(penglihatan) sebagai moderator. Para panel banyak menceritakan cabaran yang pernah mereka tempuhi semasa di alam pekerjaan termasuklah keadaan persekitaran, pandangan masyarakat dan juga diprovok oleh pihak atasa.

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai warga OKU tidak harus berputus asa dalam cabaran atau halangan yang datang. Bukan kita sahaja yang diuji. Orang di luar sana lebih banyak lagi yang teruk diuji. Sesungguhnya doa dan semangat itu penting untuk kita terus bersedia menghadapi apa sahaja rintangan yang menghalang perjuangan kita.

Saya juga ingin mengatakan bahawa bengkel ini sangat best.. So, lain kali moh kita ramai-ramai p na...Bukan senang nak berjumpa dengan kawan-kawan yang sama spesis macam kita..KaUM ni pun tak de yang deaf or bisu..So, kita juga mengharapkan agar kita dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak JKM supaya kita dapat membantu kawan-kawan kita di luar sana yang tiada peluang seperti kita.

Sekian dulu untuk entry kali ini...

p/s : gambo atas ni kecik. so kalau nak besar ckit, tengok la kat fb milik ahli PERMIUM yang pergi..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes