Pada 22 Januari, Seksyen Kaunseling, Kerjaya dan OKU Universiti Malaya bersama Syarikat IBM telah mengadakan hari kerjaya untuk mahasiswa OKU yang melibatkan mahasiswa di beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang iaitu Universiti Malaya sebagai tuan rumah, Universiti Isalam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia dan Universiti Institut Teknologi Mara. Program ini telah diadakan di auditorium Kompleks Perdana Siswa dan dihadiri oleh lebih 50 orang mahasiswa terdiri dari pelbagai kecacatan zeperti buta, cacat anggota dan lain-lain.Program ini diadakan bertujuan mendedahkan mahasiswa dengan Syarikat IBM dan kaedah menghadapi temuduga. Selain itu, Sesi perkongsian pengalaman juga diadakan yang diwakili olwh Pekerja OKU yang bekerja dengan IBM serta pelajar...