baru tadi, permium telah berbuka puasa bersama wq park di kelana jaya.. majlis tersebut khusus untuk orang kurang upaya dan kehadiran memang amat ramai. permium mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjemput kami, serta mereka yang terlibat dalam majlis tadi sehingga kepada pemandu van yang di kasihi.. encik yusri. kehadiran kami kesana dengan konvoi bersama 2 buah kereta lagi yang telah menumpangkan saudari aisyah dan saudari rasyidah. oleh kerana hujan turut mengiringi kami, maka perjalanan bermula agak lambat.. mereka yang menaiki van ke sana adalah saudara faiq, sdr. khairullah affarouk, sdr. ahmad arif , sdr. shahrizal, sdr solihin & sdr diri ini juga.. dari perempuan, 2 yang telah disebut, sdri izzati, sdri anas, sdri nurul nadia, nurul nalya, sdri zaleha, sdri nurul adilah....