Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Sunday, February 7, 2010

Sejarah penubuhan PERMIUM

Atas kesedaran betapa perlunya diwujudkan sebuah persatuan bagi menjaga kebajikan dan keperluan mahasiswa istimewa di Universiti Malaya, Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya atau ringkasnya PERMIUM adalah dirasakan amat signifikan.

Pertengahan tahun 1996-1997 jawatankuasa yang ditubuhkan telah berusaha ke arah mendaftar PERMIUM di peringkat universiti.

Usaha mereka tersebut akhirnya telah mendapat perhatian oleh pelbagai pihak luar dan dalam termasuklah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Pada bulan Jun 1998 PERMIUM telah diiktiraf dan berjaya didaftarkan. PERMIUM telah mula ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 24 orang. Selain daripada mahasiswa istimewa sebagai ahli PERMIUM, mahasiswa lain turut menyertai PERMIUM sebagai Sukarelawan.

Pesta Konvokesyen 1998 telah menjadi saksi betapa PERMIUM mampu bergerak. Manifestasi kepada kemampuan ini terbukti bila mana PERMIUM berjaya mengendalikan gerai sepanjang pesta tersebut dan gerai jualan di festival konvokesyen telah menjadi aktiviti tahunan PERMIUM.

Kem Motivasi Pelajar Istimewa (KEMPIS) di Kem Bira Tatanegara Langkawi pada tahun 2001 dan di Kem Permai Kuching Sarawak telah menyerlahkan lagi potensi mahasiswa istimewa.

Ia juga membuktikan PERMIUM turut mampu memberi sumbangan kepada masyarakat luar kampus. Hal ini seterusnya dapat mengikis prasangka negatif dan prejudis masyarakat terhadap kemampuan insan istimewa dalam menyumbangkan idea dan mengendalikan program.

.........

Kini PERMIUM telah membuktikan bahawa kecacatan atau kekurangan fizikal bukan penghalang kepada setiap kejayaan yang ingin dicapai.

Atas kesungguhan dan iltizam yang tinggi, mahasiswa istimewa melalui PERMIUM membuktikan hahawa mereka tetap berperanan dalam membangunkan masyarakat cacat khususnya dan negara amnya.

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes