Persatuan Mahasiswa Istimewa
Universiti Malaya

"MAHASISWA PRIHATIN MEMBENTUK MASYARAKAT TERPIMPIN"

Monday, August 16, 2010

KENANGAN MAWARIS

Alhamhulillah..... sweet sangat kenangan MAWARIS'10. walau gambar kak Nur tak ada (hehehehe kenangan simpan lam ati aje) kredit wat tatapan semuaNyanyian dari adik Faiq bersama-sama penyanyi latar...Majlis dimulakan denganbacaan doa oleh Imam Muda.. Ameen...ini gambar kita!!!!peace !!!!senyumlah... =)MC terbaik!!!! sabahan!!!pertanyaan dari wakil UIA.... bakal penggerak suara kita dari luar sana!!!"menjadi diriku dengan segala kekurangan....menjadi diriku atas kelebihanku...."deklimasi sajak dari akhi Zamz...

Sunday, August 15, 2010

buka puasa bersama wq park

baru tadi, permium telah berbuka puasa bersama wq park di kelana jaya.. majlis tersebut khusus untuk orang kurang upaya dan kehadiran memang amat ramai. permium mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjemput kami, serta mereka yang terlibat dalam majlis tadi sehingga kepada pemandu van yang di kasihi.. encik yusri. kehadiran kami kesana dengan konvoi bersama 2 buah kereta lagi yang telah menumpangkan saudari aisyah dan saudari rasyidah. oleh kerana hujan turut mengiringi kami, maka perjalanan bermula agak lambat.. mereka yang menaiki van ke sana adalah saudara faiq, sdr. khairullah affarouk, sdr. ahmad arif , sdr. shahrizal, sdr solihin & sdr diri ini juga.. dari perempuan, 2 yang telah disebut, sdri izzati, sdri anas, sdri nurul nadia, nurul nalya, sdri zaleha, sdri nurul adilah....

Friday, August 6, 2010

laporan 5:malam warga istimewa..(mawaris 2010)

program ini baru sahaja berlangsung hari rabu yang lalu, bersempena festival konvokesyen universiti malaya 10.. Antara pengisian program ialah forum oku:realiti di alam kampus dan cabaran alam kerjaya.. tayangan video, persembahan sajak oleh abang zam, nyanyian oleh faiq, permainan gitar oleh en godfrey ooi goat sea. TNC sendiri menghadiri program ini selaku perasmi..p/s: segala salah silap dan masalah yang timbul sepanjang program sehinggalah semasa di seri jati..disusun sepuluh jari memohon kemaaf...

laporan 4: minggu promo badan pelajar

26-29 julai, dalam masa road tour reader 2, permium turut terlibat dengan promosi badan pelajar..BADAN PELAJAR????jerit seorang pelajar junior permium..sepanjang 6 tahun penulis di um tidak pernah mendengar lawak tersebut..heee..gerai promo yang berjalan 4hari tersebut berlangsung di tapak parking kompleks perdana siswa dan sejumlah sukarelawan berjaya di"rekrut"..p/s:ketua sukarelawan yg baru telah dilantik..beliau ialah cik syaidatulnor ibrahim..pelajar tahun 3 sastera dan sains sosia...

laporan 3:program road tour reader the second

bermula dari 19 julai 2010, permium bersama sukarelawan dengan kerjasama bahagian kaunseling, kerjaya dan oku telah menjelajah ke seluruh UM untuk mencari reader kali kedua. pada kali ini, permium telah pergi kesemua kolej 1-12 dan berakhir pada 27 julai..seramai lebih 600 reader baru dan lama berjaya di kumpul. didoakan program ini akan diadakan lagi serta reader yang berjaya didapatkan ini dimanfaatkan sepenuhnya.p/s: logo permium baru telah di pilih.next entry akan ditampal di sini....

laporan 2:road to remember

awal sesi pengajian 2010/11..telah diadakan sesi memperkenalkan jalan-jalan di UM kepada ahli junior permium oleh senior permium dan sukarelawan.. sesi jelajah bermula di Kolej Zaaba, APM, Bang. Siswarama, Perpustakaan Utama & Tasik Varsiti..sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut..dan semoga program tersebut membantu mengeratkan hubungan senior junior permium sukarelawan..program berakhir dalam pukul 2 petang...P/s:sabar ye..d lagi 3 program akan menyu...

laporan 1:kempen road tour reader pertama

kempen road tour reader pertama telah berjaya dijalankan di 5 kolej kediaman serta semua fakulti. kolej kediaman yang telah menerima kunjungan kami ialah ketiga, keempat, ketujuh, kelapan, kedua belas..terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut..next entry kami akan memaparkan gambar-gambar sepanjang program tersebut..p/s:maaf lama tidak update blog ni..akan mula aktif selepas ini..sama-sama kita doakan...

Thursday, August 5, 2010

sahabat terindah.....

Hidup manusia memerlukan sahabat.Pada saya, saya pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya.Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah.Allah SWT berfirman:“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…”...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes